Urusinsan

Terma & Syarat

Hakcipta

Semua kandungan editorial, grafik, video dan petikan suara di laman ini dilindungi oleh undang-undang hakcipta Malaysia dan triti antarabangsa dan tidak boleh ditiru atau digunakan semula tanpa kebenaran nyata daripada Urusinsan Services Sdn Bhd [No. Syarikat: 202001005707 (1362027-D)] (selepas ini dirujuk sebagai “Syarikat”), yang merizab semua hak. Penggunaan semula sebarang kandungan tersebut di dalam talian bagi sebarang tujuan dilarang keras. Kebenaran untuk menggunakan kandungan keempunyaan Syarikat boleh diberikan bergantung kepada keadaan. Sila tujukan pertanyaan anda kepada aduan@urusinsan.info. Bahan daripada laman web ini tersedia untuk kegunaan luar talian bagi tujuan maklumat dan bukan perdagangan sahaja, dengan syarat bahawa: kandungan dan/atau grafik tidak dimodifikasi, dipinda atau diubah dalam apa cara pun jua; semua notis hakcipta dan notis lain atas apa-apa salinan dikekalkan; dan kebenaran bertulis telah diberikan oleh Syarikat. Anda dilarang sama sekali dari memaparkan kandungan atau bahan yang terkandung dalam portal urusinsan dalam sesuatu laman web sama ada bagi tujuan perdagangan atau peribadi tanpa mendapati dan memperolehi kebenaran bertulis yang nyata daripada Syarikat terlebih dahulu.

Anda tidak boleh meniru atau menyesuaikan kod HTML yang diwujudkan oleh Syarikat untuk memaparkan halaman. Kod HTML turut dirangkum dalam hakcipta Syarikat. “Rupa” dan “gaya” urusinsan dan laman-laman kecilnya juga cap dagang Syarikat, dan ini termasuk skim warna, bentuk butang, susun atur dan semua unsur-unsur grafik lain dalam urusinsan.

Bahan agensi berita pihak ketiga yang terkandung dalam urusinsan dilindungi oleh hakcipta dan tidak boleh diterbitkan, disiarkan, ditulis semula untuk disiarkan atau diterbitkan atau diedarkan semula secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua perantara. Bahan ini atau mana-mana bahagian daripadanya tidak boleh disimpan dalam komputer kecuali bagi kegunaan peribadi dan bukan perdagangan.

Agensi/agensi-agensi berita tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kelewatan, ketidaktepatan, kesilapan atau ketinggalan terhadapnya atau terhadap penghantaran atau penyerahan semua atau mana-mana bahagian daripada atau bagi sebarang gantirugi yang berbangkit daripada apa-apa perkara yang disebut sebelum ini.

Cap Dagang

Cap dagang dan cap perkhidmatan yang dimiliki oleh Syarikat antara lainnya termasuk tetapi tidak terhad kepada urusinsan serta setiap logo di semua laman. Semua cap dagang dan nama dagang lain dimiliki oleh pemiliknya masing-masing.

Peraturan Am

Syarikat mempunyai komuniti pengguna yang berkembang pesat dan menggalakkan komen dibuat terhadap artikel, cerita dan post blog. Kami memberi tumpuan kepada komuniti ini dan sentiasa berusaha untuk memastikan perbualan yang saling menghormati, menarik dan informatif. Bagi tujuan itu, kami menetapkan garis panduan umum untuk mengulas. Garis panduan ini dikuatkuasakan 24/7 melalui sistem pengantara yang merangkumi pasukan kakitangan dan alat pengantara.

Jika menurut pendapat mutlak kami, komen anda secara konsisten atau sengaja membuat komuniti ini tempat yang kurang sivil dan menyeronokkan anda dan komen anda akan dikecualikan daripadanya.Syarikat menggalakkan suasana yang terbuka, telus dan sopan untuk komen dan pengguna. Perbincangan dan penghujahan yang kritis, mendalam dan bijak amat digalakkan.

A. Perkara Yang Dilarang.

Semua orang adalah dialu-alukan dan digalakkan untuk menyuarakan pendapat mereka tanpa mengira identiti , politik , ideologi , agama atau perjanjian dengan ahli-ahli masyarakat yang lain , pengarang pos atau kakitangan ahli selagi pendapat dibersi secara hormat dan membina menambah perbualan. Walau bagaimanapun, komuniti ini tidak akan mentoleransi serangan langsung atau tidak langsung, kata-mengata atau kata-kata kesat, dan juga tidak mentoleransi percubaan yang disengajakan untuk melencongkan, merampas, ‘troll’ atau mengumpan orang lain agar memberikan balasan penuh emosi. Kami merizab budi bicara mutlak untuk memadamkan komen sebegini daripada komuniti jika wajar. Individu yang dengan konsisten atau sengaja membuat komen sebegini boleh diberikan amaran dalam talian dan, jika perlu, disingkirkan daripada komuniti dan/atau dilaporkan kepada pihak berkuasa relevan. Kami telah merumuskan Peraturan Am berikut agar semua dapat meraih manfaat maksimum daripada urusinsan. Sila ambil maklum bahawa peraturan ini juga dikenakan kepada serahan media beraneka seperti imej, klip video dan audio, serta kandungan berkaitan dengan anda seperti imej avatar. Contoh komen yang tidak dibenarkan di bawah Peraturan Am kami termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Yang bersifat kasar/menyakitkan hati/lucah;
  • Memfraud, menipu atau memperdaya;
  • Terkeluar dari topik;
  • Spam (seperti ulasan yang sama yang berkali-kali dibuat) atau memasukkan pautan tertentu ke laman lain;
  • Dengan tersirat atau nyata menyerang dan/atau memfitnah mana-mana pihak ketiga;
  • Komen menyakitkan hati tentang sebarang jantina, asal-usul etnik, agama, bangsa atau budaya;
  • Menggalakkan sebarang aktiviti haram;
  • Menerangkan atau menggalakkan aktiviti yang boleh membahayakan keselamatan atau kebajikan orang lain;
  • Mempromosi perkhidmatan, produk atau pertubuhan politik tertentu;
  • Nampaknya menyamar diri sebagai orang lain;
  • Mengandungi pendedahan maklumat peribadi termasuk nama, nombor hubungan, alamat, e-mel dan lain-lain;
  • Melanggar hak keempunyaan, hakcipta atau cap dagang mana-mana pihak;
  • Menyalahi undang-undang dan/atau kemungkiran sebarang peraturan atau undang-undang yang kini berkuat kuasa;
  • Ditulis dalam bahasa lain kecuali Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia kecuali dinyatakan dengan jelas;
  • Sebarang komen lain yang dianggap tidak sesuai oleh Pasukan;
  • Mengiklankan atau mempromosi produk atau laman web tidak dibenarkan di mana-mana jua di urusinsan. Ini termasuk pautan kepada:
  • Laman web peribadi atau forum;
  • Tinjauan dan soal selidik;
  • Laman web perdagangan atau laman lelongan yang wujud terutamanya untuk menjual produk.
  • Butir-butir majlis amal atau pungutan derma
  • Misalnya, sekiranya ia berkaitan kepada perbincangan, pautan boleh dibuat kepada laman web yang menjual album atau buku jika ini membantu pengguna lain atau mengesyorkan sesuatu yang mungkin menarik minat mereka. Walau bagaimanapun, meletakkan pautan kepada album kumpulan muzik anda sendiri atau cuba menggalakkan pembeli melawat laman lelongan e-bay atau pungutan derma anda sendiri mungkin boleh menyebabkan post anda dipadamkan.

Risiko melanggar undang-undang hakcipta

Undang-undang hakcipta wujud untuk menghalang seseorang daripada menjiplak karya orang lain. Undang-undang ini diguna pakai terhadap internet dalam cara yang sama seperti TV, buku dan media. Pelanggaran undang-undang hakcipta boleh menyebabkan tindakan dibawa di mahkamah.

Sila jangan masukkan petikan teks yang panjang lebar yang disalin daripada sumber lain, kerana ini mungkin suatu pelanggaran hakcipta. Petikan pendek untuk menyerlahkan sesuatu perkara mungkin dibenarkan, walau bagaimanapun ini adalah menurut budi bicara kami.

Jika anda ingin merujuk kepada sumber maklumat luar, lebih wajar jika anda memasukkan pautan kepada laman web luar yang berkenaan.

Di samping itu, post dengan bahasa teks yang berat atau bahasa yang tidak dapat difahami seperti kod, juga tidak dibenarkan kerana ini boleh mengganggu aliran semulajadi perbualan.

Menyumbang bahan kepada komuniti urusinsan dengan niat untuk melakukan jenayah, melanggar undang-undang, atau menyokong atau menggalakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang benar-benar dilarang.

Di samping itu, kami boleh memadamkam post yang kami anggap boleh membahayakan pengguna lain – yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, menawarkan nasihat perubatan dan kesihatan, atau menggalakkan penyalahgunaan dadah atau alkohol atau mencederakan diri sendiri.

Mengandungi kenyataan yang berpotensi memfitnah

Undang-undang fitnah wujud untuk melindungi individu dan/atau organisasi daripada serangan tidak wajar, salah atau tidak benar terhadap reputasi mereka.

Memasukkan kenyataan memfitnah di blog adalah sama seperti menerbitkannya di dalam akhbar atau majalah dan boleh menyebabkan prosiding undang-undang dimulakan.

Untuk mengelakkan prosiding undang-undang dimulakan, sila pastikan bahawa anda menentusahkan maklumat dalam posting anda sebagai benar dan tepat, terutamanya sewaktu mengutarakan kenyataan negatif sebagai fakta. Di samping itu, elakkan daripada membuat kesimpulan dengan tergesa-gesa, membesar-besarkan cerita atau membuat implikasi secara halus. Sila diingati bahawa dengan menambah perkataan ‘dikatakan’ dalam sesuatu kenyataan tidak bererti kenyataan tersebut tidak memfitnah.

Anda dan urusinsan kedua-duanya boleh dipertanggungjawabkan jika anda membuat kenyataan memfitnah di laman web urusinsan. Kami akan memadamkam komen jika kami tidak mempunyai keterangan yang cukup untuk membela penerbitan kenyataan anda. Ini bermaksud pengantara urusinsan boleh mengambil sikap amat berhati-hati apabila mempertimbangkan sesetengah komen.

Memaki atau mengganggu

Kelakuan memaki atau mengganggu tidak dibenarkan di urusinsan. Ini termasuk:

  • Menggunakan kata-kata menyumpah (termasuk singkatan atau ejaan alternatif) atau bahasa lain yang kemungkinan besar akan menyinggung perasaan.
  • Mengganggu, mengugut atau menyebabkan penderitaan atau kesulitan kepada mana-mana orang atau orang-orang.
  • ‘Flaming’: Ini bermaksud meletakkan post yang marah-marah dan tidak bertimbang rasa.
  • ‘Trolling’: Ini bermaksud sengaja menyatakan perkara yang provokatif sekadar untuk menimbulkan kekacauan.
  • Melanggar hak, menyekat atau menghalang orang lain daripada menggunakan dan memperolehi manfaat daripada urusinsan.
  • Cuba menyamar diri sebagai orang lain.
  • Menggunakan pelbagai akaun untuk mengganggu papan mesej, menyakitkan hati pengguna, atau untuk mengelakkan pra-pengantaraan.
  • Menaikkan benang (‘bumping’) atau mewujudkan benang pendua, memasukkan post dalam sedemikian cara hingga menyebabkan masalah teknikal, atau sebarang percubaan lain untuk mengganggu aliran perbualan yang bersahaja.
  • Akaun pengguna yang dengan serius atau dengan berulang kali memaparkan kelakuan sedemikian mungkin dikenakan pra-pengantaraan atau disekat buat selama-lamanya dan tidak dibenarkan kembali.
  • Menyakitkan hati
  • Ulasan yang mengandungi kandungan yang menjelikkan tidak dibenarkan di urusinsan. Bahan perkauman, seksis, homophobic , melumpuhkan, lucah, kesat atau kasar akan dipadamkan dan jika keterlaluan akan menyebabkan akaun anda disekat dengan serta-merta dan selama-lamanya.

Terkeluar dari topik

Komen yang tidak berkaitan dengan subjek catatan artikel yang disumbang oleh anda – dianggap ‘terkeluar dari topik’.

Sila jangan sumbangkan bahan yang terkeluar dari topik dalam artikel yang mempunyai subjek khusus, kecuali jika artikel dinyatakan sebagai post terbuka. Jika komen anda dipadamkan kerana terkeluar dari topik, anda mungkin boleh memasukkan semula komen anda di bahagian topik yang lebih sesuai.

Mengandungi butir-butir peribadi

Memasukkan butir-butir hubungan atau pengenalan dalam komen seperti nombor telefon, alamat pos atau e-mel tidak dibenarkan di sebahagian besar perkhidmatan. Sila jangan dedahkan sebarang maklumat peribadi tentang diri anda atau orang lain kerana ini mungkin menyebabkan anda atau orang lain menanggung risiko.

Risiko penghinaan mahkamah

Apabila suspek ditangkap kerana kesalahan, atau kesalahan-kesalahan, sekatan undang-undang akan dikenakan. Sila berhati-hati apabila membincangkan laporan tentang tangkapan atau prosiding mahkamah. Pautan kepada cerita berita, catatan blog, dan komen yang telah diarkib